be there

be there

Monday, April 4, 2011

duniaku

Sedalam lautan yang direntasi dengan liku2 kehidupan yang  terbentang, corak kehidupan yg semakin terpancar, dan segala-galanya tergambar dalam sebuah cerita kehidupan yg xpenah lekang d pandangan mata samaada semakin surut airnya atau semakin dalam. Aku adalah di antara pemegang watak yang sering kali menjadi sunyi sepi di apit oleh adaptasi-adaptasi sebuah bingkasan cerita. Ada cerita yang membawa kita menjadi alpa dan ada cerita yang membawa ke arah kebaikan dan penerimaan itu terletak di tangan mereka. Apa sahaja yang berlaku antara aku dan kehidupan ini adalah tidak jauh beza tapi yang membezakan aku dengan yang lain adalah cara hidupku. Jika ingin di kongsikan dengan semua pembaca adalah titik kehidupan yang penuh dengan ujian. Dunia yang tak henti hujan dan petir, digegarkan dengan gempa bumi, peperangan yang telah menjadi kebiasan bagi setiap manusia, bencana terus berlaku walau dimana sahaja, amalan yang haram terus di agungkan malahan amalan yang di tuntut terus di tinggalkan, dan juga termasuk dugaan yang terus di uji oleh setiap manusia di muka bumi ini. Dunia telah melahirkan ramai di antara mereka yang bijak pandai dalam ilmu duniawi tetapi adakah itu sama dengan ilmu akhirat. Aku adalah insan kerdil yang masih mencari cahaya dan nafas baru apabila bangkit dari tidur. Aku juga adalah insan yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan terus aku sedar lalu aku menyembahNya. Saban hari aku mendongak ke langit untuk mendapatkan hidayahMu. Dan di fikiran ku selalu berkata adakah aku sempat tok melengkapkan diri sebagai hambaNya sebelum aku memejamkan mata tok kali terakhir. Fikiran aku terus berbicara lagi, adakah aku sempat tok membalas jasa kedua ibu bapaku kerana mereka sedang sakit dan aku pula masih belajar, sesungguhnya aku tidak mahu mereka pergi sebelum aku dapat memberi keselesaan dan kebahagian dalam hidup mereka.  Begitulah di sebalik apa yang aku fikirkan selama ini, samaada aku berjaya atau tidak di dunia mahupun di akhirat kelak. Dunia aku dengan cara aku, selama ini aku sukar tok berkongsi apa sahaja tentang masalah atau kesedihan dengan sesiapa mahupun sahabat atau keluarga dimana aku lebih senang tok simpan dan pendam di dalam kotak fikiranku, sampai satu tahap aku sakit kerana terus menahan seorang diri, itulah aku yang terus berahsia. Ramai di antara mereka suka mempersoalkan tentang jodoh dan pertemuan. Selalu juga aku dengar perkataan ini, orang yang baik adalah untuk orang yang baik, tapi aku tersedar dari kata2 itu adakah aku baik?bagaimana pula dengan pasanganku?hahahahahah..tertawa seketika kerana aku menjawab soalan aku sendiri. Bagi aku,biarlah pasanganku terima aku kerana cintakan Allah lalu terimalah aku apa adanya. Aku terima pasanganku sebagaimana dia menerimaku, kekuranganku adalah kekuatan yang dia miliki, dan kekurangnya akan menjadi kekuatanku tok melengkapkan hidup ini. Aku akan terus jaga cinta yang suci ini hingga ke syurga wahai insan yang tercinta.

Monday, January 17, 2011

Perjalanan seorang insan

Dunia semakin asyik berputar
deru angin tergambar suasana
silau pandangan meronta-ronta
mencari sinar sesegar mata
mekarnya jiwa seumpama bunga
seruan di turut segar menanti
segarnya minda seakan mengerti
pergantian hidup merangka destinasi

Jalan yang bengkok ditegakkan
jalan yang lurus dipadukan
tenang berjalan tidak disangka
tulusnya diri merasuk hati
neraca kehidupan ada disini
berkecamuk tidak sentiasa diharungi
setiap pandangan bisa mengerti
tulusnya budi menggambarkan diri


Monday, January 10, 2011

serungkai kata

hijau daun segar sentiasa
indah nama seakan mekar
susun kata menunduk diri
rapuhnya dahan tidak bererti

indah alam dibentangi
mencari jawaban yang tak pasti
ingin diri terus berdiri
menangkis cerca dan maki

hidup indah bak permata
mengalir air sesuai bicara
berjalanlah sentiasa
menggapai cahayaNya

biru pantai melakar senyuman
deruan angin terus menyapa
pabila tersungkur di hari muka
bangkitlah semangat membakar jiwa

tenangnya air berbuai rasa
menjadi santapan setiap masa
kelu lidah bila berbicara
kerap terbuku dimana sahaja

garisan kehidupan

Kata-kata banyak tafsiran
mengenal erti kehidupan
satu persatu banyangan
memberi penuh kesan

Setiap kejadian terus berdiri
membawa ke setiap destinasi
segar dan suram menghiasi
merungkai prestasi diri

Perjalanan silih berganti
mengungkap fenomena ini
perlakuan terus diperhati
membawa seribu erti

Kedukaan dan kegembiraan
menjadi teman hidup berzaman
kekal kasih dan sanyang
menjadi semangat yang datang

Bukan mudah terhibur hati
andai diri menjadi benci
buka mata dan hati
elakkan diri terus dibenci

Mengapa mudah dibawa hanyut
kalau diri tegar berdiri
mengapa mudah mengaku janji
kalau sukar untuk ditepati

Saturday, January 1, 2011

hakikat abadi

Setelah sekian lama aku tidak berkongsi cerita, dan aku rasa ni adalah waktu yang sesuai tok di ungkapkan satu persatu. Sungguh berat memikul dugaan demi dugaan dgn hanya berserah akan takdir yang maha kuasa. Pertemuan yang dirancang akhirnya hilang tanpa bicara dan perasaan terus membelenggu diri. Hari semakin hari menjadi pudar, hilangnya sinar tanpa di duga. Hati terus sepi sendiri, wajah tanpa terukir senyuman, langkah semakin lemah, semangat hilang tanpa dipaksa, kata-kata semakin tiada siapa mendengar dan persolan demi persoaln tiada jawaban. Ingin bunuh perasaan ini, perasaan yang membakar jiwa, perasaan yang tidak henti-henti menangis sedih sendiri tanpa satu orang pun yang tau. Jangan kau menangis...jangan kau heran...jangan kau bersedih...jangan kau ingat...jangan kau terus begini...Kata-kata ini yang terus bangunkan diri tapi ni cuma semantara barangkali. Apa ubat yang harus di berikan sekiranya masih terus begini?...dan mengapa terjadi hingga saat ini..? Dimana tempatku yang kau campakkan? dan mungkin inilah jalanku..

Saturday, November 27, 2010

kasihku!

aku suka die pertama kali ku melihatnye, memandang gerak gerinye dan caranye membuka hati ini berbunga-bunga tok mengenali die dengan lebih dekat tapi aku sendiri tak tahu adakah die juga mempunyai perasaan yang sama.Walaupun aku sedar diri ini tidak layak berdampingan dengan die, tapi hati ini sering kali teringat akan die..ya tuhan bukakanlah pintu hatinya tok diri ini..sampai begitu sekali ku inginkan die hidup bersama denganku...walau dimana aku berada ada saja dia..aku ingin die sentiasa bersamaku walau apa jua keadaan..walau aku cacat & lumpuh sekali pun aku harap kasih sayang die padaku tidak pernah luntur walau sesaat pun..ya Allah bahagianya aku jika dapat bersama dengan insan yang ku inginkan selama ini.sungguh aku xsangka kerana masih di temukan dengan die.betul kata orang dunia ni kecil..dan yang paling mengejutkan lagi selama menggenali die kami tak pernah bertegur sapa dan hanya kenal melalui rupa & nama sahaja.tapi sekarang die da pandai berkomunikasi dgnku..bergurau senda dan habiskan masa bersama. walaupun die seorang yang sangat pemalu.bagiku die terlalu istemewa sampai berjaya mencuri hati ini,.

Sunday, November 21, 2010

puisiku

setinggi-tinggi harapan ibu bapa ku tok melihat ku menjadi anak yang berjaya pada masa hadapan,
setinggi-tinggi impianku tok menghadiahkan segulung ijazah pada mereka.

semanis kek coklat yang menjadi hidangan di hari jadiku,
semanis senyuman kegembiraan yang terpancar diwajah kedua ibu bapa ku.

seindah air yang tenang di lautan tergambar dalam fikiran apabila asyik melihat keindahan alam,
seindah hari-hari yang indah bersama kedua ibu bapaku di hari yang bahagia.

secantik paras rupamu yang menjadi idaman,
secantik budi bahasa yang ku banggakan.