be there

be there

Monday, April 4, 2011

duniaku

Sedalam lautan yang direntasi dengan liku2 kehidupan yang  terbentang, corak kehidupan yg semakin terpancar, dan segala-galanya tergambar dalam sebuah cerita kehidupan yg xpenah lekang d pandangan mata samaada semakin surut airnya atau semakin dalam. Aku adalah di antara pemegang watak yang sering kali menjadi sunyi sepi di apit oleh adaptasi-adaptasi sebuah bingkasan cerita. Ada cerita yang membawa kita menjadi alpa dan ada cerita yang membawa ke arah kebaikan dan penerimaan itu terletak di tangan mereka. Apa sahaja yang berlaku antara aku dan kehidupan ini adalah tidak jauh beza tapi yang membezakan aku dengan yang lain adalah cara hidupku. Jika ingin di kongsikan dengan semua pembaca adalah titik kehidupan yang penuh dengan ujian. Dunia yang tak henti hujan dan petir, digegarkan dengan gempa bumi, peperangan yang telah menjadi kebiasan bagi setiap manusia, bencana terus berlaku walau dimana sahaja, amalan yang haram terus di agungkan malahan amalan yang di tuntut terus di tinggalkan, dan juga termasuk dugaan yang terus di uji oleh setiap manusia di muka bumi ini. Dunia telah melahirkan ramai di antara mereka yang bijak pandai dalam ilmu duniawi tetapi adakah itu sama dengan ilmu akhirat. Aku adalah insan kerdil yang masih mencari cahaya dan nafas baru apabila bangkit dari tidur. Aku juga adalah insan yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan terus aku sedar lalu aku menyembahNya. Saban hari aku mendongak ke langit untuk mendapatkan hidayahMu. Dan di fikiran ku selalu berkata adakah aku sempat tok melengkapkan diri sebagai hambaNya sebelum aku memejamkan mata tok kali terakhir. Fikiran aku terus berbicara lagi, adakah aku sempat tok membalas jasa kedua ibu bapaku kerana mereka sedang sakit dan aku pula masih belajar, sesungguhnya aku tidak mahu mereka pergi sebelum aku dapat memberi keselesaan dan kebahagian dalam hidup mereka.  Begitulah di sebalik apa yang aku fikirkan selama ini, samaada aku berjaya atau tidak di dunia mahupun di akhirat kelak. Dunia aku dengan cara aku, selama ini aku sukar tok berkongsi apa sahaja tentang masalah atau kesedihan dengan sesiapa mahupun sahabat atau keluarga dimana aku lebih senang tok simpan dan pendam di dalam kotak fikiranku, sampai satu tahap aku sakit kerana terus menahan seorang diri, itulah aku yang terus berahsia. Ramai di antara mereka suka mempersoalkan tentang jodoh dan pertemuan. Selalu juga aku dengar perkataan ini, orang yang baik adalah untuk orang yang baik, tapi aku tersedar dari kata2 itu adakah aku baik?bagaimana pula dengan pasanganku?hahahahahah..tertawa seketika kerana aku menjawab soalan aku sendiri. Bagi aku,biarlah pasanganku terima aku kerana cintakan Allah lalu terimalah aku apa adanya. Aku terima pasanganku sebagaimana dia menerimaku, kekuranganku adalah kekuatan yang dia miliki, dan kekurangnya akan menjadi kekuatanku tok melengkapkan hidup ini. Aku akan terus jaga cinta yang suci ini hingga ke syurga wahai insan yang tercinta.

No comments:

Post a Comment